Pages

Wednesday 6 June 2012

Kisah Hasan Al-Basri dan sepasang mata seorang gadis


                 Apabila melihat kebanyakan orang mula mencari agama disaat makin hampirnya hari kiamat ini, hati terdetik teringat pelbagai kisah yang diceritakan oleh ustaz ana sewaktu belajar dahulu. Berapa ramai wali ALLAH yang pada mulanya orang yang buta agama, orang yang selalu berbangga dengan kemewahan, orang yang sealu menzalimi orang lai, perompak, penyamun dan berbagai lagi. Akan tetapi, ALLAH lebih mengetahui dan Dia jualah yang memberi hidayah daan taufiq kepada seseorang. Dia jualah yang telah membuka pintu-pintu hati untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada tuhan yang Esa. 

               Salah satu kisah yang akan ana ceritakan ialah tentang Imam Hasan Al- Basri. Kisah ini bukan hanya menceritakan taubatnya seorang pemuda yang kemudian menjadi wali ALLAH serta seorang gadis yang mungkin tidak akan dijumpai lagi pada zaman sekarang ini. 

                       Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan. Beliau sangat suka memakai pakaian yang bagus-bagus dan suka berjalan disekitar kota Basrah. Pada suatu hari, sedang berjalan-jalan dia melihat seorang wanita berpurdah. Mata wanita itu sangat cantik dan menarik perhatiannya. Lalu dia mengikuti gadis itu dari belakang.




Wanita itu yang baru menyedari diikuti lalu menoleh ke belakang lalu berkata, 


“Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?”


“Kepada siapa aku harus malu?” Tanya Hasan Basri kembali.


“Malulah kepada Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui mata yang berkhianat dan mengetahui apa sahaja yang ada dalam hati” jawab wanita cantik itu.


Hasan Basri semakin tertarik kepada wanita tersebut dan timbullah rasa cinta dalam hatinya serta tidak dapat menahan nafsu. Lalu dia terus sahaja mengikuti wanita tersebut berjalan.


Melihat dia terus diekori, wanita itu berkata lagi, “Mengapa kamu terus mengikutiku?”


Hasan Basri berkata,”Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu.”


Mendengar jawapan itu wanita ini berkata, “Baiklah, kerana kamu menyukai mataku ini,tunggu sebentar disini. Aku akan beri apa yang kamu inginkan”. Kemudian dia berlalu pergi.


Hasan Basri sangat gembira dan menunggu-nunggu kedatangan wanita tersebut.


Tidak lama kemudian, datanglah seorang pembantu menghampiri Hasan Basri dan menyerahkan sebuah kotak yang tertutup rapat. Lalu hasan Basri membuka kotak tersebut. Betapa terkejutnya Hasan Basri melihat isi kotak tersebut ternyata sepasang biji mata!




“Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang seperti tuan”, kata pembantu itu.


Gementarlah seluruh tubuh Hasan basri dan berdiri bulu romanya saat mendengar kata-kata pembantu itu, lalu iapun memegang jantungnya sendiri dan berbisik, “Celaka betul kamu ini, sudah berjanggut tapi tak punya rasa malu!”


Setelah menyedari kesalahannya itu, maka dia pulang ke rumah dan menangis semalaman kerana menyesali segala perbuatannya itu. Keesokan hari Hasan Basri pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf. Tetapi ketika sampai dia mendengar suara wanita-wanita menangis, dan bertanya apa yang terjadi. Dan diberitahu bahawa ada yang meninggal kerana mencongkel kedua matanya.






Hasan Basri kembali ke rumah dan menangis selama 3 hari 3 malam dan menyesali segala perbuatan dan kelemahan imannya. Dia bertaubat kepada Allah untuk tidak lagi menjadi lelaki yang tidak sopan.


Pada malam yang ke-3, Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut, dan melihat wanita itu telah berada di syurga. Lalu Hasan Basri berkata,”wahai wanita solehah, maafkan kesalahanku terhadapmu” Wanita itu menjawab,”sebetulnya aku telah memaafkan kamu sejak dulu dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah s.w.t disebabkan kamu.”


Setelah Hasan Basri mendengar pengakuan dari wanita itu, dia memohon nasihat yang baik.


“Dengarlah nasihatku ini; Apabila kamu sendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah s.w.t setiap pagi dan petang, mohon ampun dan bertaubatlah kepadanya.


Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala nasihat wanita itu, sehingga dia mashur dengan ketaqwaannya dan ketaatannya kepada Allah serta mendapat darjat yang mulia di sisi Allah serta menjadi wali kekasih Allah.

                Oleh itu dalam kisah ini, terlalu banyak pengajaran boleh diambil. Dimana perempuan seperti ini di dunia ini sekarang.

Wallahualam

Tuesday 5 June 2012

Sesungguhnya selepas Kesusahan itu ada Kesenangan

            Seorang sahabat ana berkata, " memang susah untuk aku berubah. Ada je mulut-mulut yang melemahkan kekuatan aku untuk aku beralih arah daripada hidup dalam kemaksiatan yang mengundang kemurkaanNya menuju ke jalan yang diredhai olehNya." Alhamdulillah, ALLAH sudah memberikan hidayah kepada mereka tadi. Akan tetapi, untuk berubah bukan senang. Sedangkan hati yang yang beriman kepada ALLAH akan tetapi berdosa tetap akan dicuci dulu dengan api neraka sebelum dimasukkan ke dalam syurga, apatah lagi untuk membersihkan hati kita yang telah kotor dengan kotoran yang kita lakukan. Takpe, biar susah dahulu kerana kesenangan akan tiba selepas kesusahan. Jangan ragu-ragu kerana ALLAH sendiri yang menjajikan kesenangan selepas kesusahan itu

ALLAH SWT berfirman:


“Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

           Subhanallah tuhan yang menciptakan seluruh alam dan isi-isinya. Dalam ayat ini ALLAH mengulang dua kali janjinya. Jadi sebagai seorang muslim, yakinlah dengan kesusahan yang kita lakukan itu, ALLAH akan bersama-sama menolang kita sehingga kejayaan itu milik kita. Cuba yakin dengan ayat ini dan setiap kali ditimpa cubaan, baca ayat ini berulang-ulang kali. InsyaALLAH, kita akan semakin yakin.




          Menjadi lumrah atau fitrah manusia untuk melakukan kemaksiatan atau kejahatan, akan tetapi, ALLAH bersifat Ar-Rahman. Sentiasa mengampunkan dosa-dosa hambaNya. ALLAH tidak akan penat mengampunkan akan tetapi percayalah, manusia sendiri yang akan penat meminta ampun. Oleh itu, janganlah sesekali berputus asa. Percaya dengan janji ALLAH. Barangsiapa yang mempercayai janji ALLAH, nescaya dia tidak akan mudah berputus asa dengan setiap ujian dan cubaan yang ditimpa kepadanya.

 ALLAH WT befirman:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (yakni dengan taubat). Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(azzumar:53)

                  Bertambah untung lagi orang yang cuba untuk memperbaiki agamanya kerana ALLAH. Seolah-olah dia itu ibarat pejuang-pejuang dan srikandi-srikandi islam yang membela islam dan ingin meletakkan agamanya itu ke tempat yang benar benar layak. Sekali lagi, ALLAH SWT telah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi mereka.

ALLAH SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ


Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

(muhammad;7)







Oleh itu, yakinlah akan janji-janjiNya. Jangan mudah berputus asa dan cuba sedaya upaya untuk berubah  agar mendapat taufiq dan berkat daripada ALLAH SWT.


Wallahualam.




Sahabatku

              Hari ni keluar dengan kawan-kawan untuk mebincangkan tentang kerja kursus yang perlu dihantar lebih kurang 3 minggu lagi. Hurm, seronok rasanya apabila keluar dengan kawan ni diluar sekolah dan masih melihat mereka masih sopan sesopannya ketika di sekolah. Sambil2 tu dpat la juga rapatkan ukhwah kan. Yela, lepas ni tidak tau masih jumpa atau tidak. Manis sebenarnya persahabatan yang berlandaskan cinta kepada ALLAH SWT ini. Rasulullah pernah bersabda bahawa ketika diakhirat nanti ada 7 golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH SWT. Antaranya ialah 2 orang yang bertemu kemudian berpisah kerana ALLAH SWT.  






              Ketika sedang berbincang tadi, datang pula satu mesej yang mengatakan bahawa penghantar mesej ini adalah seorang sahabat yanng belum pernah bertemu, tetapi saling mengenali. Oh, akhirnya dapat diketahui bahwa dia adalah salah seorang daripada rakan "facebook" ana dan dia nampak ana di perpustakaan ini. Cukup dengan hanya bertegur sapa. Seronok sebab secara tidak langsung, bertambah lagi seseorang  sahabat yang mulanya hubungan kami jauh akan tetapi telah menjadi dekat.


              Ada sebuah kisah yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda SAW bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain. Maka Allah telah menghantar malaikat ke jalan yang dilalauinya untuk memerhatikan lelaki itu. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya:”Ke mana kamu ingin pergi?”Jawab lelaki itu jujur:”Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini.”Malaikat bertanya lagi:”Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang aku kamu peroleh daripadanya?”Lelaki itu menjawab:”Tidak.Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah.”Berkata malaikat:”Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk meyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudara kerana-Nya.”(Riwayat Muslim).





              Dalam hadis ini kita dpt lihat bahawa bersahabat itu sendiri ibadah yang akan menjadi wasilah kita untuk masuk ke syurga. Kerana bersahabat itu bermaksud menyambung silaturrahim yang mana banyak hadis-hadis yang amat menggalakkan umat islam untuk melakukannya.


 Rasulullah SAW pernah bersabda:


“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim”. [Muttafaqun 'alaihi].

             Hadis ini betul2 memberi kesan kepada ana sebagai pelajar. Selepas ana dengar hadis ini daripada ustaz, terus ana kaji apa mksud disebalik hadis ini. Memang betul dan banyak kesannya tapi hanya apabila persahabatan kita berada di bawah satu tiang yang satu iaitu 100 peratus kerana ALLAH. Jika kita bershabat untuk perkara-perkara yang lagha contohnya kerana cinta atau mahu membuat maksiat atau contohnya kerana harta yang ad padanya ataupun lain2, baik lupakan sahaja kerana persahabatan itu pasti tidak akan kekal lama. Selain daripada itu, orang yang selalu menolong saudaranya pasti akan ditolong oleh Allah.


Rasulullah telah bersabda bahawa:


 “Allah selalu menolong seorang hamba selagi hamba tersebut di dalam menolong saudaranya.”


            Tak nak ke kita mendapat pertolongan daripada ALLAH SWT yang mengawal segala isi alam ini.. Bukankah kita ini hidup di dalam dunia yang diciptakanNya dan akan kembali ke alam yang diciptakanNya juga. Oleh itu, marilah sama-sama berfikir sejenak tentang perkara-perkara yang tidak pernah kita ambil berat ini dan diharapkan dapat mengambil iktibar daripada kata-kata Rasulullah. InsyaALLAH.

Wallahualam.

Monday 4 June 2012

Sahabat, Terima Kasih!!

              Jam menunjukkan pukul 3.40 am.. Bunyi jam lonceng daripada telefon bimbit berbunyi. Tidak lama kemudian terdengar pula satu "misscall" daripada seorang sahabat dan diiringi mesej yang berbunyi "bangunlah, buat solat tahajud. dapat pahala taw".. Terkedu seketika. Walaupun niat memang hendak tahajud, tetapi pesanan sahabat tadi seolah-olah menjadi satu lagi dorongan untuk semakin hampir kepadaNya..


               Persoalannya disini berapa ramaikah kawan yang kita ada yang punyai sifat sebegini, yang saling ingat mengingati antara satu sama lain dalam mengingatiNya. Seperti Sabda Rasulullah SAW bermaksud: " Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu " Subhanallah, terima kasih ya ALLAH kerana telah menganugerahkan kepadaku seorang hambaMu yang bertaqwa sebagai sahabatku..

              Sesungguhya bukan mudah bagi kita sebagai hamba yang selalu alpa dan lalai untuk sentiasa memuji kebesarannya dan sentiasa bertasbih dan bertahmid bagi membesarkanNya. Suatu hari seorang sahabat nabi bertanya kepada Rasulllah SAW  “Siapakah kawan yang baik untuk kami dekati atau hampiri mereka? Lalu Rasulullah SAW bersabda "Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada ALLAH  bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu untuk menyediakan  bekalan untuk akhirat"; Hadis ini diriwayatkan oleh imam Tarmizi.






              Kita ini seharusnnya berkawan dan berbaik kepada semua orang kerana itu ialah yang dituntut oleh agama. Akan tetapi, untuk mencari sahabat, carilah yang betul-betul tinggi adabnya dan akhlaknya kerana Rasulullah SAW pernah bersabda "Perumpamaan dua orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang mana satu tangan membersihkan tangan yang lainnya"

              Baginda SAW menyambung lagi dengan sabdanya yang  "Bersahabat dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi yang menghembus bara api". Maksudnya disini, samada kita beli atau tidak wangian itu, kita tetap akan mendapat kesan daripada bau minyak wangi itu kerana dialah sahabat yang sering bersama-sama dengan kita. Berbeza pula bersahabat dengan tukang besi, walaubagaimanapun kita cuba elakkan, kita tetap akan mendapat kotoran daripada percikan yang tercipta ketika besi diketuk ataupun paling kurang kita akan mendapat bau yang kurang enak daripada kedainya. Inilah yang sering dikatakan dan diingatkan oleh ustaz ana Al-Fadil Ustaz Mohd Hatta bin Syukri.







              Nak cari kawan senang, tapi nak cari sahabat ini memang payah. Yela, benda yang mahal bukan senang nak dapat. Emas kalau tidak digali, takkan dapat dijual. Oleh itu, marilah kita fikirkan sejenak, berapa ramaikah sahabat kita yang begini. Yang sering mengingatkan kita kepada ALLAH samada dari percakapannya, baik tingkah lakunya. 50 peratus, 30 peratus atau hanya 0.001 peratus sahaja. Atau tidak ada langung? Ketahuilah, kawan itu ibarat cermin kepada kita. Cermin itu fungsinya agar kita nampak apa yang salah pada diri kita ini. Kalau cermin itu sendiri sudah rosak, bagaimana kita hendak mencantikkan atau memperbetulkan diri kita ini. Wallahualam.

Ujian Itu Guru Yang Baik

                 Sekiranya masa boleh diundur, tentu setiap masalah dapat diatasi dengan mudah, tentu setiap perkara yang kita lakukan tidak akan ada cacat celanya dan pastinya tidak akan ada insan yang akan menangis sebab menyesal perbuatan lampaunya. Walaubagaimanapun, setiap yang ALLAH ciptakan itu unik. Terlalu banyak hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku dan tentunya semua ini telah tertulis didalam luh mahfuz... Ada sebab kenapa ALLAH uji kita ini dengan sesuatu yang kita tidak pernah duga ia akan menimpa kita.. Antaranya ialah supaya kita ini belajar berdikari bagaimana untuk menghadapi sesuatu dugaan agar ia tidak akan menjadi masalah untuk kita pada masa akan mendatang.. Dan semestinya ALLAH tidak akan menguji seseorang itu melainkan  mengikut kemampuannya..

 ALLAH S.W.T berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)

                 Cuba kita renungkan sejenak. Ada atau tidak antara sahabat kita yang tidak pernah ditimpa apa-apa dugaan atau musibah. Mustahil orang yang dilahirkan didunia ini tidak ada masalah. Sedangkan nabi sendiri teruji, apatah lagi kita ini manusia biasa yang selalu alpa dan lalai dalam mematuhi perintah dan suruhanNya.




                Pernah dengar kisah nabi Ayyub alaihissalam. Beliau dipuji oleh ALLAH SWT sehingga para2 iblis dan syaitan cemburu dan sakit hati mendengar betapa solehnya nabi ALLAH Ayyub alaihissalam ini.
Kemudian para syaitan laknatullah ini meminta izin daripada ALLAH untuk mengganyang nabi Ayyub ini dan ALLAH mengizinkan. Semua ini dilakukan bagi membuktikan bahawa hamba ALLAH ini tetap bersyukur walaupun dalam keadaan yang serba kurang kerana sebelum ini nabi ALLAH Ayyub ini diberikan nikmat yang sangat luas oleh ALLAH SWT. Lalu dikumpulkanlah syaitan2 dan iblis untuk memberi sejuta dugaan kepada nabi ALLAH ini.. Mereka berhasil.. Segala kekayaan habis musnah akibat iblis. Haiwan2 ternakan mati dan semua tumbuh-tumbuhan layu.. Semua ini atas izin ALLAH SWT. Walaubagaimanapun nabi Ayyub tetap lagi sabar dalam menerima dugaan ini dan masih tidak berputus harapan kepada tuhan yang menciptanya..


                  Kebanyakan orang tidak menunjukkan masalah mereka dihadapan sahabat-sahabat atau orang sekelililng kerana bagi mereka masalah itu memang sudah menjadi asam garam bagi dia.. Orang yang selalu menunjukkan masalah mereka ini selalunya orang yang jarang ditimpa masalah ataupun tidak pernah menerima masalah yang sedemikian ataupun orang yang terlalu dimanjakan dengan kesenangan. Sebaliknya bagi orang yang memahami, dan sentiasa bersyukur kepada ALLAH S.W.T, dia akan menerimanya dengan tenang dan redha. Baginya, ia sesuatu ketetapan yang telah ALLAH jadikan untuk menguji hamba-hambanya yang beriman.

ALLAH S.W.T berfirman lagi:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?"
(Surah Al-Ankabut : 2)

Selalunya persoalan yang timbul di bibir-bibir mereka ialah "apa dosa aku, apa yang aku dah buat sampai aku ditimpa musibah begini" maka ketahuilah, persoalan itu telah ALLAH jawab dalam firmannya tadi..

Antara sebab mengapa ALLAH menguji hambanya ialah:

1. Meningkatkan darjat kita disisi ALLAH S.W.T
2. Menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu
3. Mengajar kita supaya lebih berserah kepada ALLAH dan mengingatiNya


               Oleh itu, marilah berfikir sejenak. Adakah ALLAH turunkan ujian itu saja-saja untuk hambaNya.. Ataupun untuk mengajar kita erti ketabahan dan agar kita dapat merasai bagaimana kesusahan hidup orang yang kurang diberikan nikmat kepadanya oleh ALLAH SWT.

Jadi menjadi tanggungjawab kita sebagai orang yang telah beriman dengan qada' dan qadar' untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikan walaupun sedikit. Kerana semakin kita bersyukur, makin ALLAH akan tambah dan tambah nikmat itu...

ALLAH SWT. berfirman:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
Wallahualam...

Sunday 27 November 2011

Surat Berantai-Apakah Hukumnya Dalam Islam.

Salam.. Hari ini ana ada satu persoalan yang ana akan share dengan antum.. Banyak kali ana fikir nak cari pasal hal ni.. Tapi asyik lupa je.. Btw, alang-alang aq da cari ni, biarlah ana share ngan antum.. Artikel ini  ana petik dari  http://hafeezafauzi.blogspot.com


Surat Berantai-Apakah Hukumnya Dalam Islam.



Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita
bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan
berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di
dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari
Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya
disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2
minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau
niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu
perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?
Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia
diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat
memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan
kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan
risalah ini.


Jawapan

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.
Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat
ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah ( s.a.w) dalam mimpi dan
memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah
s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu"
yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun
selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20
keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan
dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara
tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.

Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat
iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak,
alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa
sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan
aqidah umat Islam.



Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi
yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu
Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik
yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada
cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan
pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk
menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang
menjurus kepada perkara diatas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu
saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak
jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan
keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan
hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah
sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah
menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat
menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita
teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan
melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan
aqidah kita.

Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman
kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.
Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang
percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana
seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan
mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu.
Dari Penerangan diatas
jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram .


Wallahu'allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya
dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah
didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh
paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA
pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini
ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik
dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya
Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di
Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun
1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal
dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun .

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga
makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun
1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque
Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi
Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed
Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi
(1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi
bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di
hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah
menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang
kawannya.

Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi
Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana
bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis
Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja
menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh
murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu
terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".


( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di
Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh
Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978,
menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan
Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta
mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik
kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun," surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran
baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah
kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil
8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil
dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang
besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat
dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada
umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara
syirik dan khurafat.


Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan
boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim" .