Pages

Monday 4 June 2012

Ujian Itu Guru Yang Baik

                 Sekiranya masa boleh diundur, tentu setiap masalah dapat diatasi dengan mudah, tentu setiap perkara yang kita lakukan tidak akan ada cacat celanya dan pastinya tidak akan ada insan yang akan menangis sebab menyesal perbuatan lampaunya. Walaubagaimanapun, setiap yang ALLAH ciptakan itu unik. Terlalu banyak hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku dan tentunya semua ini telah tertulis didalam luh mahfuz... Ada sebab kenapa ALLAH uji kita ini dengan sesuatu yang kita tidak pernah duga ia akan menimpa kita.. Antaranya ialah supaya kita ini belajar berdikari bagaimana untuk menghadapi sesuatu dugaan agar ia tidak akan menjadi masalah untuk kita pada masa akan mendatang.. Dan semestinya ALLAH tidak akan menguji seseorang itu melainkan  mengikut kemampuannya..

 ALLAH S.W.T berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)

                 Cuba kita renungkan sejenak. Ada atau tidak antara sahabat kita yang tidak pernah ditimpa apa-apa dugaan atau musibah. Mustahil orang yang dilahirkan didunia ini tidak ada masalah. Sedangkan nabi sendiri teruji, apatah lagi kita ini manusia biasa yang selalu alpa dan lalai dalam mematuhi perintah dan suruhanNya.




                Pernah dengar kisah nabi Ayyub alaihissalam. Beliau dipuji oleh ALLAH SWT sehingga para2 iblis dan syaitan cemburu dan sakit hati mendengar betapa solehnya nabi ALLAH Ayyub alaihissalam ini.
Kemudian para syaitan laknatullah ini meminta izin daripada ALLAH untuk mengganyang nabi Ayyub ini dan ALLAH mengizinkan. Semua ini dilakukan bagi membuktikan bahawa hamba ALLAH ini tetap bersyukur walaupun dalam keadaan yang serba kurang kerana sebelum ini nabi ALLAH Ayyub ini diberikan nikmat yang sangat luas oleh ALLAH SWT. Lalu dikumpulkanlah syaitan2 dan iblis untuk memberi sejuta dugaan kepada nabi ALLAH ini.. Mereka berhasil.. Segala kekayaan habis musnah akibat iblis. Haiwan2 ternakan mati dan semua tumbuh-tumbuhan layu.. Semua ini atas izin ALLAH SWT. Walaubagaimanapun nabi Ayyub tetap lagi sabar dalam menerima dugaan ini dan masih tidak berputus harapan kepada tuhan yang menciptanya..


                  Kebanyakan orang tidak menunjukkan masalah mereka dihadapan sahabat-sahabat atau orang sekelililng kerana bagi mereka masalah itu memang sudah menjadi asam garam bagi dia.. Orang yang selalu menunjukkan masalah mereka ini selalunya orang yang jarang ditimpa masalah ataupun tidak pernah menerima masalah yang sedemikian ataupun orang yang terlalu dimanjakan dengan kesenangan. Sebaliknya bagi orang yang memahami, dan sentiasa bersyukur kepada ALLAH S.W.T, dia akan menerimanya dengan tenang dan redha. Baginya, ia sesuatu ketetapan yang telah ALLAH jadikan untuk menguji hamba-hambanya yang beriman.

ALLAH S.W.T berfirman lagi:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?"
(Surah Al-Ankabut : 2)

Selalunya persoalan yang timbul di bibir-bibir mereka ialah "apa dosa aku, apa yang aku dah buat sampai aku ditimpa musibah begini" maka ketahuilah, persoalan itu telah ALLAH jawab dalam firmannya tadi..

Antara sebab mengapa ALLAH menguji hambanya ialah:

1. Meningkatkan darjat kita disisi ALLAH S.W.T
2. Menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu
3. Mengajar kita supaya lebih berserah kepada ALLAH dan mengingatiNya


               Oleh itu, marilah berfikir sejenak. Adakah ALLAH turunkan ujian itu saja-saja untuk hambaNya.. Ataupun untuk mengajar kita erti ketabahan dan agar kita dapat merasai bagaimana kesusahan hidup orang yang kurang diberikan nikmat kepadanya oleh ALLAH SWT.

Jadi menjadi tanggungjawab kita sebagai orang yang telah beriman dengan qada' dan qadar' untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikan walaupun sedikit. Kerana semakin kita bersyukur, makin ALLAH akan tambah dan tambah nikmat itu...

ALLAH SWT. berfirman:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
Wallahualam...

No comments:

Post a Comment