Pages

Tuesday 5 June 2012

Sahabatku

              Hari ni keluar dengan kawan-kawan untuk mebincangkan tentang kerja kursus yang perlu dihantar lebih kurang 3 minggu lagi. Hurm, seronok rasanya apabila keluar dengan kawan ni diluar sekolah dan masih melihat mereka masih sopan sesopannya ketika di sekolah. Sambil2 tu dpat la juga rapatkan ukhwah kan. Yela, lepas ni tidak tau masih jumpa atau tidak. Manis sebenarnya persahabatan yang berlandaskan cinta kepada ALLAH SWT ini. Rasulullah pernah bersabda bahawa ketika diakhirat nanti ada 7 golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH SWT. Antaranya ialah 2 orang yang bertemu kemudian berpisah kerana ALLAH SWT.  






              Ketika sedang berbincang tadi, datang pula satu mesej yang mengatakan bahawa penghantar mesej ini adalah seorang sahabat yanng belum pernah bertemu, tetapi saling mengenali. Oh, akhirnya dapat diketahui bahwa dia adalah salah seorang daripada rakan "facebook" ana dan dia nampak ana di perpustakaan ini. Cukup dengan hanya bertegur sapa. Seronok sebab secara tidak langsung, bertambah lagi seseorang  sahabat yang mulanya hubungan kami jauh akan tetapi telah menjadi dekat.


              Ada sebuah kisah yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda SAW bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain. Maka Allah telah menghantar malaikat ke jalan yang dilalauinya untuk memerhatikan lelaki itu. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya:”Ke mana kamu ingin pergi?”Jawab lelaki itu jujur:”Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini.”Malaikat bertanya lagi:”Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang aku kamu peroleh daripadanya?”Lelaki itu menjawab:”Tidak.Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah.”Berkata malaikat:”Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk meyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudara kerana-Nya.”(Riwayat Muslim).





              Dalam hadis ini kita dpt lihat bahawa bersahabat itu sendiri ibadah yang akan menjadi wasilah kita untuk masuk ke syurga. Kerana bersahabat itu bermaksud menyambung silaturrahim yang mana banyak hadis-hadis yang amat menggalakkan umat islam untuk melakukannya.


 Rasulullah SAW pernah bersabda:


“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim”. [Muttafaqun 'alaihi].

             Hadis ini betul2 memberi kesan kepada ana sebagai pelajar. Selepas ana dengar hadis ini daripada ustaz, terus ana kaji apa mksud disebalik hadis ini. Memang betul dan banyak kesannya tapi hanya apabila persahabatan kita berada di bawah satu tiang yang satu iaitu 100 peratus kerana ALLAH. Jika kita bershabat untuk perkara-perkara yang lagha contohnya kerana cinta atau mahu membuat maksiat atau contohnya kerana harta yang ad padanya ataupun lain2, baik lupakan sahaja kerana persahabatan itu pasti tidak akan kekal lama. Selain daripada itu, orang yang selalu menolong saudaranya pasti akan ditolong oleh Allah.


Rasulullah telah bersabda bahawa:


 “Allah selalu menolong seorang hamba selagi hamba tersebut di dalam menolong saudaranya.”


            Tak nak ke kita mendapat pertolongan daripada ALLAH SWT yang mengawal segala isi alam ini.. Bukankah kita ini hidup di dalam dunia yang diciptakanNya dan akan kembali ke alam yang diciptakanNya juga. Oleh itu, marilah sama-sama berfikir sejenak tentang perkara-perkara yang tidak pernah kita ambil berat ini dan diharapkan dapat mengambil iktibar daripada kata-kata Rasulullah. InsyaALLAH.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment