Pages

Monday 4 June 2012

Sahabat, Terima Kasih!!

              Jam menunjukkan pukul 3.40 am.. Bunyi jam lonceng daripada telefon bimbit berbunyi. Tidak lama kemudian terdengar pula satu "misscall" daripada seorang sahabat dan diiringi mesej yang berbunyi "bangunlah, buat solat tahajud. dapat pahala taw".. Terkedu seketika. Walaupun niat memang hendak tahajud, tetapi pesanan sahabat tadi seolah-olah menjadi satu lagi dorongan untuk semakin hampir kepadaNya..


               Persoalannya disini berapa ramaikah kawan yang kita ada yang punyai sifat sebegini, yang saling ingat mengingati antara satu sama lain dalam mengingatiNya. Seperti Sabda Rasulullah SAW bermaksud: " Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu " Subhanallah, terima kasih ya ALLAH kerana telah menganugerahkan kepadaku seorang hambaMu yang bertaqwa sebagai sahabatku..

              Sesungguhya bukan mudah bagi kita sebagai hamba yang selalu alpa dan lalai untuk sentiasa memuji kebesarannya dan sentiasa bertasbih dan bertahmid bagi membesarkanNya. Suatu hari seorang sahabat nabi bertanya kepada Rasulllah SAW  “Siapakah kawan yang baik untuk kami dekati atau hampiri mereka? Lalu Rasulullah SAW bersabda "Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada ALLAH  bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu untuk menyediakan  bekalan untuk akhirat"; Hadis ini diriwayatkan oleh imam Tarmizi.






              Kita ini seharusnnya berkawan dan berbaik kepada semua orang kerana itu ialah yang dituntut oleh agama. Akan tetapi, untuk mencari sahabat, carilah yang betul-betul tinggi adabnya dan akhlaknya kerana Rasulullah SAW pernah bersabda "Perumpamaan dua orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang mana satu tangan membersihkan tangan yang lainnya"

              Baginda SAW menyambung lagi dengan sabdanya yang  "Bersahabat dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi yang menghembus bara api". Maksudnya disini, samada kita beli atau tidak wangian itu, kita tetap akan mendapat kesan daripada bau minyak wangi itu kerana dialah sahabat yang sering bersama-sama dengan kita. Berbeza pula bersahabat dengan tukang besi, walaubagaimanapun kita cuba elakkan, kita tetap akan mendapat kotoran daripada percikan yang tercipta ketika besi diketuk ataupun paling kurang kita akan mendapat bau yang kurang enak daripada kedainya. Inilah yang sering dikatakan dan diingatkan oleh ustaz ana Al-Fadil Ustaz Mohd Hatta bin Syukri.







              Nak cari kawan senang, tapi nak cari sahabat ini memang payah. Yela, benda yang mahal bukan senang nak dapat. Emas kalau tidak digali, takkan dapat dijual. Oleh itu, marilah kita fikirkan sejenak, berapa ramaikah sahabat kita yang begini. Yang sering mengingatkan kita kepada ALLAH samada dari percakapannya, baik tingkah lakunya. 50 peratus, 30 peratus atau hanya 0.001 peratus sahaja. Atau tidak ada langung? Ketahuilah, kawan itu ibarat cermin kepada kita. Cermin itu fungsinya agar kita nampak apa yang salah pada diri kita ini. Kalau cermin itu sendiri sudah rosak, bagaimana kita hendak mencantikkan atau memperbetulkan diri kita ini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment